MENU

17-18 Jun 2013, Genting View Resort – Unit Audit Dalam, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama CIMY International Standard Training (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan kursus ‘Introduction, Awareness & Understanding ISO 9001:2008 Requirement Training' bertempat di Genting View Resort, Pahang.

Kursus yang berlangsung selama dua hari tersebut telah disertai oleh 60 orang kakitangan MDTM termasuk Yang Dipertua dan Setiausaha, MDTM. Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada kakitangan MDTM dalam melaksanakan ISO di Majlis Daerah Tanjong Malim.

Diharapkan dengan maklumat pengenalan yang diberikan oleh Penceramah dari Syarikat CIMY International Standard Training (M) Sdn. Bhd. Iaitu Encik Ooi Soo Kang dapat memberi pendedahan kepada peserta kursus.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 9 Ogos 2019 - 1:03pm