MENU
 

SIMBOLIK PELANCARAN SERAHAN SERTA MENANAM ANAK BENIH POKOK PERAK GREENPRINT – KEMPEN PERAK MY GREEN HOME PERINGKAT DAERAH MUALLIM

MASA : 09.00 pagi
TARIKH : 19 Februari 2021(Jumaat)
TEMPAT : Pekan Slim River

SIMBOLIK PELANCARAN SERAHAN SERTA MENANAM ANAK BENIH POKOK PERAK GREENPRINT – KEMPEN PERAK MY GREEN HOME PERINGKAT DAERAH MUALLIM

19 Februari 2021(Jumaat) - Simbolik Pelancaran Serahan Serta Menanam Anak Benih Pokok Perak Greenprint – Kempen Perak My Green Home Peringkat Daerah Muallim ini, dirasmikan oleh YB ADUN Slim, Mohd Zaidi bin Aziz. Turut dihadiri Yang Dipertua MDTM, Tuan Faizal Nizam bin Md Nor serta Ketua Whip Majlis, Tuan Haji Fuad bin Haji Abdul Halim, Majlis Daerah Tanjong Malim bertempat di Pekan Slim River.

Simbolik pelancaran ini dilaksanakan adalah susulan dari titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan semasa Hari Landskap Negara Peringkat Negeri Perak pada 3 Mac 2020 sebanyak 100 ribu pokok perlu ditanam di semua daerah / PBT Negeri Perak dan merimbunkan kehijauan di seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan. Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju bagi mengadakan satu kempen di bawah Perak Greenprint bertajuk ‘Perak My Green Home’ di semua agensi-agensi Kerajaan Negeri Perak.

Pihak MDTM telah mula menanam sebanyak 8,000 pokok di seluruh Daerah Muallim terutamanya kawasan di bawah pentadbiran khususnya seperti di Bandar Proton, Tanjong Malim, Slim River dan Trolak Pekan. Sumbangan benih-benih pokok Jacaranda filifolia @ Jambul Merak,Mimusops Elengi @ Bunga Tanjong dan Hopea Odorata @ Merawan Siput juga sedang dilaksanakan kepada sekolah-sekolah, klinik kesihatan, masjid,surau, rumah ibadat dan agensi kerajaan yang lain.

Antara objektif utama program ini adalah membantu Kerajaan Negeri untuk merealisasikan Perak Greenprint, menyokong Kerajaan Negeri menyambut seruan Sustainable Development Goals(SDGS) Goal 13-Climate Action, memupuk kesedaran rakyat Negeri Perak khususnya masyarakat dan agensi di dalam daerah Muallim mengenai kesan perubahan iklim dan menggalakkan semua agensi dan rakyat Negeri Perak dalam daerah Muallim menanam pokok sebagai tindakan bersama mengatasi isu perubahan iklim.

Diharap program Perak Greenprint ‘Perak My Green Home’ ini dapat memberikan kesedaran kepada komuniti setempat dalam aspek memelihara alam sekitar serta menyokong kepada pembangunan lestari dan mampan. Penglibatan semua pihak di harapkan bagi memastikan kelancaran sepanjang program penanaman ini dilaksanakan.

 
green1
 
green2
 
green3