MENU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Selamat datang ke Portal Rasmi Majlis Daerah Tanjong Malim. MDTM telah menunjukkan peningkatan dalam penyediaan perkhidmatan Portal Rasmi demi kemudahan dan keselesaan para penduduk bagi mendapatkan maklumat khususnya kepada para pembayar cukai.

Kepercayaan pelanggan terhadap ketelusan pengurusan adalah sangat diutamakan oleh pihak MDTM. Oleh itu, pelanggan-pelanggan boleh terus melayari Portal ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pengurusan dan aktiviti Majlis di dalam semua sektor dengan cepat dan tepat seperti maklumat mengenai pelesenan, penilaian cukai, perkhidmatan kewangan, aduan awam, kenyataan tender dan sebutharga, jawatan kosong dan sebagainya.

Dalam usaha untuk mempermudahkan pelanggan menjalankan transaksi seperti membuat pembayaran kepada Majlis, system pembayaran secara talian juga telah dibangunkan melalui usahasama MDTM bersama dengan pihak bank-bank seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, PBe Bank serta Standard Chartered Online Banking.

Pihak MDTM akan lebih proaktif dalam merancangkan pembaharuan-pembaharuan pada masa akan datang dan InsyaAllah dengan berkat kerjasama bersepadu daripada semua pihak, usaha-usaha ini pasti akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh warga Tanjong Malim dan Slim River untuk terus memberikan sokongan padu kepada pihak MDTM kearah matlamat menjadikan Majlis Daerah  Tanjong Malim sebagai sebuah organisasi yang efektif dan berwibawa di dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan dan secara tidak langsung dapat membantu menjana pembangunan ekonomi negara.

Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi MDTM dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, aduan dan maklumbalas bolehlah memajukannya melalui Portal Rasmi ini untuk tindakan daripada pihak Majlis. Majlis juga mengalu-alukan idea-idea, pandangan dan perkongsian maklumat daripada semua pihak bagi mempertingkatkan lagi Portal Rasmi MDTM ini demi kebaikan kita bersama.

Sekian, salam hormat.

Terima Kasih.

EN. MOHD SYUKRI BIN AZAARI, AMP
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 21 Julai 2017 - 9:01am