MENU

Visi:-

  • ICT Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Misi:-

  • Menjadikan Majlis Daerah Tanjong Malim sebagai sebuah organisasi berelektronik.

Piagam Pelanggan:-

- Dalam menyediakan perkhidmatan IT yang progresif, berkesan dan berkualiti kami bersedia :-

  • Mengenalpasti potensi ICT dan menggalakkan penerapan Teknologi terkini yang bersesuaian untuk Majlis Daerah Tanjong Malim agar setanding dengan perkembangan arus teknologi pada masa ini.
  • Memberi layanan mesra, bersopan dan sentiasa prihatin kepada masalah dan keperluan pengguna.
  • Memastikan data pengguna adalah selamat dan hanya boleh dicapai oleh pengguna yang sah sahaja.
  • Memastikan rangkaian komputer beroperasi dan selamat digunakan dan membaiki kerosakan (jika ada) dalam tempoh 1 hari bergantung kepada kerosakan dan menyediakan komputer gantian untuk memastikan kerja berjalan lancar.
  • Menyediakan prosedur Backup dan Recovery untuk pangkalan data dan memastikan keselamatan pangkalan data.
  • Memastikan preventive maintenance untuk penyenggaraan server, rangkaian dan sistem aplikasi dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
  • Sentiasa peka kepada teknologi semasa dan berusaha menyediakan tambahan perkakasan, perisian dan perkhidmatan mengikut perkembangan semasa.
  • Berusaha menyediakan maklumat terkini dan relevan dengan cepat dan tepat dalam masa yang diperlukan.
     

Fungsi Bahagian:-

  • Menyelenggara dan mengawal sistem komputer yang terdapat dan digunakan di Majlis.
  • Memastikan semua sistem computer yang digunakan di Majlis sentiasa berada dalam keadaan yang stabil dan boleh digunakan.
  • Menyelia, mengemaskini, menyelenggara dan mengawal Laman Web Majlis.
  • Menyelenggara dan mengawal semua ‘server-server' yang digunakan di Majlis.
  • Mengemaskini dan menyelenggara sistem S.P.B.T.
  • Menyediakan ‘Backup' bagi ‘database server'.
  • Menyedia dan menyelenggara rangkaian di Majlis.
  • Menyedia dan menyelenggara rangkaian tanpa wayar di Majlis.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan menggunakan teknologi terkini kepada Majlis.

 

Hubungi Kami :

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Nombor Telefon:05-4563437
Nombor Faks:05-4563430/440
Alamat:Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan, MDTM.
Pegawai:En. Shahzan Hafiz Bin Zainal Abidin
Email ​:hafiz[alias]mdtm[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir: Rabu, 17 Januari 2018 - 4:28pm