MENU

PELAN INDUK PEMBANGUNAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM TAHUN 2011-2021

Majlis Daerah Tanjong Malim merupakan Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Kecil Slim River/Tanjong Malim ini. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dikenali sebagai kerajaan ketiga iaitu yang paling hampir dengan rakyat sudah tentu hasrat kerajaan memerintah agar rakyat didahulukan pencapaian diutamakan diberi penekanan walaupun “pelbagai pihak” sedia maklum kekurangan dan kekangan yang ada pada pentadbir Pintu Masuk Utama selatan negeri Perak ini.


Selama tiga dekad, pentadbir ini sedikit sangat dibantu untuk memakmurkan Pintu Masuk Utama Negeri Perak. Secara tidak langsung mengambarkan Perak seadanya walaupun tiga dekad yang telah berlalu itu begitu ramai yang ditauliahkan pangkat “Laksamana” dipersada pemerintahan Negara namun amat sedikit pula yang berbakti kepada Negeri tumpah darahnya.


Negeri Perak hingga ke hari ini dan bandar-bandar pentingnya terus secara halus dilupa dan seolah-olah dipinggirkan. Walaupun suatu ketika dahulu negeri Perak pernah menjadi “Juara” dan “Big Brother” kerana kekayaan hasil buminya dan pemurah para pemimpinnya. Kini ia tinggal kenangan. Tanah yang dulunya kaya dengan Bijih Timah kini tinggal kolam-kolam yang kebanyakannya amat terhad penggunaannya. Sengsara terus bertambah apabila Lebuhraya kebanggaan Negara (PLUS) merentasi negeri tanpa mengira jasa negeri Perak hinggakan bandar-bandar yang suatu ketika dahulu popular kini lengang malah digelar “Pekan Koboi” dan “Pekan Mati” pula. Klik DI SINI Untuk Maklumat Lanjut.

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 22 November 2017 - 4:51pm