MENU

APA ITU EKSA

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia diterajui oleh MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010. Ianya bertujuan bagi meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat serta melahirkan idea dan aktiviti yang kreatif dan berinovasi.

EKSA merupakan suatu usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat dengan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi membantu meningkatkan produktiviti warga kerja MDTM. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dikalangan warga kerja MDTM melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Melalui pelaksanaan amalan EKSA ini dapat membantu warga MDTM merancang dan melaksanakan usaha-usaha menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian   perkhidmatan kepada pelanggan dan juga dapat meningkatkan keselamatan, keselesaan dan keceriaan bekerja bagi warga MDTM.

Sila layari blog EKSA MDTM untuk maklumat lanjut.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 20 November 2017 - 5:11pm