MENU
 
Tempat Pelancaran : Dataran Arena Square, Tanjong Malim.
Tempat Gotong Royong : Pasar Awam MDTM, Tanjong Malim
Tarikh :  24 Ogos 2013 (Sabtu)

Pada 24 Ogos 2013 yang lalu, Majlis Daerah Tanjong Malim telah menjalankan program Gotong Royong Perdana 1 Malaysia Sempena Majlis Pelancaran Kempen Kawalan Tikus di kawasan PBT peringkat Majlis Daerah Tanjong Malim. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato' Hjh Rusnah bt Kassim , DPMP, PPMP, KMN , PPT , ADUN Behrang merangkap Exco Pembangunan Wanita , Keluarga dan Kebajikan Masyarakat , Intergrasi Nasional. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua, En Khairul Anwar b Ramli, Setiausaha MDTM, Pn Siti Azura bt Hj Juki, Ahli –Ahli Majlis, Ketua Jabatan MDTM, wakil jabatan kerajaan, Ketua-Ketua Kampung, Pertubuhan Bukan Badan Kerajaan,Persatuan Pengakap, PBSM, Persatuan Penjaja Kecil, Persatuan Saudagar Cina dan orang awam sekitar Tanjong Malim.

Program ini turut dilancarkan serentak di semua PBT seluruh negara. Tujuan program gotong - royong perdana 1Malaysia Sempena Majlis Pelancaran Kempen Kawalan Tikus Di Kawasan PBT Peringkat Majlis Daerah Tanjong Malim adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan alam sekitar. Program ini juga diharap dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan masyarat Malaysia. Penyakit Leptospirosis atau dikenali sebagai "Kencing Tikus" merupakan suatu penyakit yang boleh meragut nyawa sekiranya tidak diberi perhatian yang serius di peringkat awal. Di samping itu, Leptospirosis adalah penyakit berjangkit. Program ini adalah satu lagi program kemasyarakatan yang dilaksanakan di bawah MDTM dengan penglibatan masyarakat, pemimpin setempat, agensi kerajaan dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan dalam merancang dan mengurus kawasan persekitaran kearah pembangunan yang mampan. Program pelancaran gotong royong yang bermula jam 8.30 pagi berakhir kira-kira pada jam 1.00 tengahari.

GAMBAR PROGRAM

UPACARA PERASMIAN

i. Penyampaian peralatan perangkap tikus kepada wakil peniaga  oleh YB Dato' Hjh Rusnah bt Kassim , DPMP, PPMP, KMN , PPT , ADUN Behrang merangkap Exco Pembangunan Wanita , Keluarga dan Kebajikan Masyarakat , Intergrasi Nasional.

ii. Lawatan ke pasar awam dan tinjauan alat perangkap tikus yang dipasang sebelum gotong royong dijalankan.