MENU
 

NAMA PROGRAM : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 
TARIKH : 2 Mac 2018 (Jumaat)
MASA : 2.45 Petang
TEMPAT : TR Tom Yam, Slim River
ANJURAN : Majlis Daerah Tanjong Malim

TANJONG MALIM - 2 Mac 2018 (Jumaat),  Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)  telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat MDTM yang gilang-gemilang  telah berlangsung di TR Tom Yam , Slim River dan dirasmikan oleh YB. Dato’ Hajah Rusnah binti Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis, Ketua Jabatan serta kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Seramai 18 orang kakitangan MDTM telah menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi sebanyak RM 1000.00 serta 18 orang lagi telah menerima Anugerah Ketrampilan  berserta wang tunai sebanyak RM300.00 dan seorang kakitangan MDTM telah menerima Anugerah Khas Yang Dipertua sebanyak RM 500.00.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharapkan kakitangan MDTM akan terus komited dan meningkatkan lagi prestasi kerja demi menaikkan imej dan kreadibiliti MDTM.

Ketibaanan YB. Dato’ Hajah Rusnah binti Kassim

Kata-kata aluan daripada Tuan Mohd Syukri bin Azaari, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim.

 

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Penerima Anugerah Ketrampilan.